Friday, August 25, 2017

Resepi Ais Krim Goreng Rangup & Sedap

Resepi Ais Krim Goreng Rangup & Sedap 😍
Caranya senang sangat kekawan 🙂
1. Ambil sekeping roti. Letak aiskrim ditengah-tengah roti tu.
2. Lepas tu ambil sekeping roti lagi, letak diatas roti pertama yg diletak aiskrim tu.
3. Ambil cawan plastik, tekan ditengah-tengahnya (macam gambar)
4. Maka jadi bentuk bulat.
5. Keluarkan dari roti yg ditekan tadi.
6. Klimkan ditepinya supaya melekat.
7. Masukan dalam plastik.Simpan dalam petiais beku selama 4 jam.
8.Aiskrim selepas di bekukan.
9. Panaskan minyak , betul-betul panas, kemudian masukan roti aiskrim tu.Kemudian tutup api, goreng sehingga kekuningan.
10. Angkat dan toskan dalam penapis.
11. Siap utk dimakan.

Kalau kita simpan dalam petiais beku lagi lama lagi bagus, yg ini saya goreng dah seminggu dalam petiais tu, ada yg tinggal 5 keping aiskrim roti tu.. jadi ais dia macam padat..
Masa nak makan pun mudah tak lah cepat cair.. emmm sedap terasa lagi rangup bila di gigit..
like & share

Resepi Kuih Nona Manis Sedap

Resepi Kuih Nona Manis Sedap 😍
Bahan A
1/2 Cawan Gula Kastor
1 biji Telur Gred A
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
perisa kelapa pandan emulco
pewarna hijau
Bahan Inti
1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam

Cara Penyediaan Bahan A
Pukul telur hingga kembang.
Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
Kukus selama 7 minit.
like & share

Resepi Putu Piring Sedap

Resepi Putu Piring Sedap 😍😍😍😍
Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:
Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.
Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas
Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.
like & share

Resipi Kuih Keria Gula Melaka Simple Sedap

Resipi Kuih Keria Gula Melaka Simple Sedap😍
Bahan-Bahan Kuih Keria
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh
Bahan-bahan Sira Gula Melaka
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-Cara Buat Kuih
1. Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Angkat keledek , toskan airnya
3. Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati
4. Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan
Cara-Cara Buat Sira Gula Melaka
1. Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula
2. Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis
3. Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .
4. Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap

Tips Tambahan : jika adunan jadi melekit jangan tambah tepung lagi , tapi gunakan minyak masak untuk memudahkan membentuk .

Resepi Popia Sambal Manis Sedap



Resepi Popia Sambal Manis Sedap 😍😍😍
Bahan-bahan:
Sambal
Segenggam cili kering
1 sudu udang kering
1 labu bawang putih
1/2 cawan gula
Garam secukup rasa
Popia
Kulit popia
Karot
Sengkuang
Cara Membuat
Langkah 1
Rebus cili kering hingga lembut dan kisar bersama bawang putih dan udang kering. Tambahkan sedikit air sahaja.
Langkah 2
Masukkan bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Langkah 3
Kemudian masukkan gula dan garam.
Langkah 4
Cara-cara popia
Langkah 5
Sagat karot dan sengkuang hendahlah dipotong mancis.
Langkah 6
Toskan sayur atas tisu supaya sayur kering.
Langkah 7
Gulungkan sayur menggunakan kulit popia dan pastikan lekat menggunakan air supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.
Langkah 8
Goreng popia dengan api yg sederhana kuat dan minyak hendaklah betul2 panas.
Langkah 9
Golekkan popia yg telah digoreng bersama sambal manis. Taburkan bijan dan sedia dihidang
kredit video : Seminit Resepi
SRBA
like & share
Resepi masakan malayu utk resepi2 hebat menanti 😍